Sebuah keluarga dari golongan pertengahan, dimana suami dan isteri
bekerja. Mereka mempunyai dua orang anak. Seorang lelaki berusia 9
tahun dan seorang perempuan berusia setahun. Segala urusan rumah di
kendalikan oleh seorang pembantu rumah Indonesia.
Pada suatu malam, ketika sedang makan malam sekeluarga, si anak sulung
yang berusia 9 tahun itu bertanya pada si ayah, “Ayah, apa itu politik?”.
Tersedak si ayah mendengar persoalan anaknya itu. Jawab ayah, “Politik
itu macam keluarga kita. Ayah dapatkan wang untuk keluarga kita, ayah
adalah kapitalis, Mama gunakan wang itu untuk menguruskan keluarga
kita, jadi mama adalah kerajaan. Kakak pembantu rumah kita adalah golongan
pekerja. Kamu adalah rakyat dan adik kamu adalah generasi masa depan.
Faham?
Kelipok-kelipok mata si anak kejam celik. Memang tidak faham. Lantas si
ibu mencelah, “Tak apa, malam ini waktu hendak tidur, kamu fikirkan apa
yang ayah cakap dan cuba faham okay.
Jadi semalaman si anak berusia 9 tahun itu tidak dapat lelapkan matanya
berfikir tentang politik. Sehingga akhir sekali dia menjadi jemu dan
hampir terlelap. Pada waktu itulah, si adik buat perangai. Meraung
tengah-tengah malam pulak. Si anak itu pergi ke bilik ibu dan ayahnya
hendak memberitahu bahawa adiknya yang bernama Abdullah itu sedang
meraung kerana pampersnya sudah penuh najis.
Sampai di bilik dia lihat si ibu sedang lena tidur. Walau berkali-kali
dipanggil, si ibu tetap tidur. Di lihat si ayah pula tiada di sebelah
ibu. Jemu mengejutkan ibu yang tak bangun-bangun, dia mengambil
keputusan ke bilik pembantu rumah. Bila dibuka bilik pembantu rumah,
dia lihat si ayah sedang ‘membelasah’ si pembantu Indonesia itu. Akhir
sekali si anak terpaksa menyalin pampers adiknya sendiri.
Sewaktu bersarapan esok pagi, si ayah bertanya, “Dah faham apa itu
politik?.
Si anak yang sedang selera makan selamba menjawab, “Dah!”. Si ayah dan
ibu terkejut dengan jawapan selamba itu.
Lantas si ibu mencelah, “jadi apa dia politik tu?”.
Si anak tanpa mengangkat muka melihat ayah dan ibunya, dengan tenang
menjawab. “sewaktu kerajaan sedang asyik tidur, golongan kapitalis
menodai golongan pekerja. Akibatnya rakyat di abaikan dan masa depan
bergelumang najis! Itulah politik”.
Kali ini mata si ayah dan si ibu pulak yang kelipok-kelipok pejam
celik.
Komen Anda