Karangan budak darjah 4 b Kemalangan Paling Ngeri Yg Pernah Saya Lihat
Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.
Sbb itu saya tidak mandi pagi sbb air kolah jadi air batu. Dan air paip
tidak mahu keluar sbb beku di dlm batang paip. Pagi itu saya bersarapan dgn
keluarga di dlm unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya
mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak
menikam perut saya berkali2 dgn garfu barula h saya bersetuju utk
mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120km kerana pasar itu letaknya 128km dari
rumah. Lagi 8km nak sampai pasar saya ternampak sebuah Lori kontena meluru
dgn laju dari arah belakang.
Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dlm gaung. Dia
menjerit, *”Adoi!”.
*Lepas itu emak saya naik semula Dan mengejar Lori tersebut. Saya pun turut
berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu
pula. Pemandu Lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju
iaitu sama dgn kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dgn lebih laju
iaitu sama dgn dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dpt menerajang
tayar depan Lori itu. Lori itu terbabas Dan melanggar pembahagi jalan lalu
bertembung dgn sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yg
seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun
bertukar menjadi Ultraman Dan memfire pemandu Lori. Pemandu Lori menekan
butang khas di dlm Lori dia..Lori itu bertukar menjadi robot Transformer.
Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puashati. Dia pun terus menyewa
sebuah helikopter di Genting Highlands Dan terus ke tempat kemalangan. Dia
melanggar pemandu feri yg telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri
itu terkejut Dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas
ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu Lori sangat takut melihat
kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin
bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya Dan
mengerat tangan pemandu Lori itu dgn kipas helikopter. Pemandu Lori itu
menjerit *”Adoi..!”* Dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu
ke Genting Highlands.
Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu Lori itu dgn
beg tangannya sambil memarahi pemandu Lori itu di dlm bahasa Inggeris.
Pemandu Lori itu tidak dpt menjawab sbb emak saya cakap orang putih. Lalu
pemandu Lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia
membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua
anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai
mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yg telah terjadi.
Polis yg bertugas Cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan
pembesar suara. Orang ramai terperanjat Dan semuanya mati. Selepas itu emak
saya mengajak saya ke pasar utk mengelak lebih ramai lagi yg akan mati. Di
pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kpd penjual daging. Penjual
daging Dan peniaga2 berhampiran yg mendengar cerita itu semuanya terkejut
Dan mati. Saya Dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu
penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yg paling
ngeri yg pernah saya lihat sebelum saya mati.
Komen Anda