Horoskop Binatang Plak

23 08 2008

Nota : Sekadar suka suka..jangan percaya plak..jatuh syirik kang :D

 

Personaliti Dan Binatang Dedah Rahsia Diri

 

Kamu mahu tahu personaliti kamu dan juga teman-teman? Apa kata kamu semak tarikh lahir dan haiwan yang menjadi penaung kamu.

 

 

 

Januari 01-09 ~ Anjing

Januari 10-24 ~ Tikus

Januari 25-31 ~ Singa

Februari 01-05 ~ Kucing

Februari 06-14 ~ Merpati

Februari 15-21 ~ Kura-kura

Februari 22-28 ~ Harimau Bintang

Mac 01-12 ~ Monyet

Mac 13-15 ~ Singa

Mac 16-23 ~ Tikus

Mac 24-31 ~ Kucing

April 01-03 ~ Anjing

April 04-14 ~ Harimau Bintang

April 15-26 ~ Tikus

April 27-30 ~ Kura-kura

Mei 01-13 ~ Monyet

Mei 14-21 ~ Merpati

Mei 22-31 ~ Singa

Jun 01-03 ~ Tikus

Jun 04-14 ~ Kura-kura

Jun 15-20 ~ Anjing

 

Jun 21-24 ~ Monyet

Jun 25-30 ~ Kucing

Jul 01-09 ~ Tikus

Julai 10-15 ~ Anjing

Julai 16-26 ~ Merpati

Julai 27-31 ~ Kucing

Ogas 01-15 ~ Monyet

Ogos 16-25 ~ Tikus

Ogos 26-31 ~ Kura-kura

September 01-14 ~ Merpati

September 15-27 ~ Kucing

September 28-30 ~ Anjing

Oktober 01-15 ~ Monyet

Oktober 16-27 ~ Kura-kura

Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang

November 01-16 ~ Singa

November 17-30 ~ Kucing

Disember 01-16 ~ Anjing

Disember 17-25 ~ Monyet

Disember 26-31 ~ Merpati

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Anjing:

Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.

 

 

Tikus:

Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

 

Singa:

Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan.

Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.

 

Kucing:

Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk!

Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian.

Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali.

Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.

 

Kura-kura:

Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka.

Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.

 

Merpati:

Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu mudah jatuh cinta!

 

Harimau Bintang:

Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm…kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.

 

Monyet:

Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan.





Pelajar Melayu Perempuan Dirasuk, dimana salahnya.

23 08 2008

Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain.Berlaku
diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adlah gadis melayu dan
tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina dan india. Di mana
salah nya……..Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan.

kes histeria disekolah kat BSB……

Misteri di Asrama Puteri  terjawap!

Suatu  hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak
berjumpa dengan  sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan
mereka
merasuk sebilangan  pelajar di sek itu.

Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun  membaca sejenis mantera.
Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil  ketua jin itu.
Lalu ketua jin itu pun datang.

Dengan menunjukkan wajah  rupanya yang begitu hodoh dan jijik.
Hinggakan ketua bomoh yang begitu  berpengalaman itu pun hampir2 pengsan
dibuatnya! Hinggakan mayat reput pun lebih  baik dari wajah si ketua jin
itu!!!

Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan  semangatnya yang jitu. Lalu si
ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring,  menampakkan
semangatnya
yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu  menakutkan itu.

“Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah?  Jawap!!!”
Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam”

Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun  menjawab…

“”Siapa  Bilang Gadis Melayu Tak Menawan
Tak Menarik Hati, Tiada  Memikat”
“Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik
Kalaulah  Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK…”"

“”Aduhai…  kekekeekeeee…”"

Dah jangan dok mengulat dan mempercayai perkara tahyul…..pi buat
keja cepat..





Allah Melihat Apa Yang Kamu Buat

23 08 2008

ALLAH MELIHAT APA YANG KAMU BUAT – AZMIL MUSTAFA

Written by Siti Mashitah    
Sunday, 03 February 2008

APABILA disebut nama Azmil Mustapha , majoriti generasi muda tidak akan dapat mengecam siapa orangnya. Tetapi sebut saja Ali Setan , ‘berkat’ daripada siaran ulangan filem tersebut di kaca televisyen , semua orang tidak kira yang kecil atau dewasa dari kalangan peminat filem Melayu pasti mengenal pelakon tersohor Malaysia dekad 80-an ini. Azmil, 55 (umur yang dikira beliau mengikut takwim hijri 22 Safar 1375H) adalah antara sebilangan artis di Malaysia yang melakukan ‘penghijrahan’ daripada kehidupan yang penuh ‘lagha’ kepada pengabdian diri kepada Allah. Penampilan terakhirnya adalah sebagai Pengiran Demak dalam filem ‘Puteri Gunung Ledang’; watak yang diilakonkan setelah syarat-syaratnya yang ketat diterima penerbit. Duda (mempunyai seorang anak dengan bekas isteri pertama dan empat dengan isteri kedua) dari Shah Alam, Selangor ini telah musafir ke Syria sejak setahun lalu untuk mempelajari bahasa Arab dan ilmu agama. Wartawan Global Media Channel (GMC)  berkesempatan menemuramah Azmil di Kota Bharu (beliau kembali ke Malaysia sempena cuti semester pengajiannya) yang hadir memenuhi undangan untuk menyampaikan ceramah kesedaran Islam anjuran PAS Kawasan Ketereh baru-baru ini.

 
 

Kenapa saudara memilih untuk ke Syria?

Saya buat solat hajat, minta dengan Allah, saya nak cari tempat belajar, Allah berikan petunjuk belajar di Syria. Dengan duit yang saya dapat dari menyampaikan ceramah-ceramah kesedaran Islam sebelum itu di Malaysia, saya terbang ke Syria dengan anak-anak saya.

Saya belajar Bahasa Arab di Maahad Taalim Lughatal Arabiah Lil Ajnabi (Institut Pengajian Bahasa Arab Bagi Orang Asing).Kalau saya terus masuk kelas (pengajian agama) anjuran syeikh-syeikh pun saya tak reti Bahasa Arab. Jadi saya belajar Bahasa Arab dahulu. Sementara itu saya belajar Al-Quran, tajwid dan tasmi’ dengan syeikh-syeikh. Saya juga belajar dengan pelajar-pelajar Malaysia yang ada di Syria.

Sejak bila sebenarnya saudara ke sana ?

Sudah setahun. Saya pergi redah sahaja. Tak ada buat rancangan. Dengan empat orang anak saya turut bersama (tiga perempuan dan seorang lelaki). Yang sulung kemudiannya balik untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sini. Jadi kekallah tiga orang yang tinggal bersama saya di sana.

Anak saya Noramalia Batrisya ,15, dan Mohd. Bazli Shafri, 13, belajar di Jami’ Abu Nur, sebuah kolej Islam antara yang termasyhur di Syria. Yang kecil baru masuk umur tujuh tahun dan belajar di darjah satu. Enam bulan pertama mereka dimasukkan dalam kelas bahasa Arab. Tidak ada masalah untuk mereka mengikuti pengajian dan sekarang sudah fasih berbahasa Arab. Saya amat puas hati dengan perkembangan mereka.

 
 

Puas hati macam mana?
Dengan perubahan perwatakan. Di Malaysia, dekat Shah Alam tempat kami tinggal dahulu banyak pengaruh yang tidak sihat. Cara hidup moden . Tapi di sana mereka mengaji Quran tiap-tiap hari, solat tidak tinggal dan pergaulan dijaga.

Malah mereka sempat menasihati kakak yang pulang ke Malaysia “jangan tengok lelaki” bukan berkawan, tengok pun mereka tak bagi.

Di sana pergaulan antara lelaki dan perempuan amat dibatasi. Kita payah nak lihat pergaulan secara bebas berlaku . Duduk satu meja pun tak ada.

Kalau di Yaman, negeri yang berjiran dengan Syria, dalam bas  kalau hanya ada seorang wanita yang menjadi penumpang , yang lelaki tidak akan naik dan sanggup tunggu bas yang lain  datang untuk dinaiki. Bimbang timbul fitnah walaupun hanya sebagai penumpang. Masing-masing sangat prihatin untuk menjaga perkara ini.

Antara perubahan yang ketara saya dapat lihat adalah pada anak perempuan saya, Noramaliya. Dia sebenarnya pelajar yang lemah. Semasa bersekolah di Malaysia, biasanya dia mendapat kedudukan 35 ke bawah.

Dulu tinggal di Shah Alam, dia selalu ponteng sekolah. Tengok wayang di KLCC.

Pergi ke sekolah tapi dalam beg ada pakaian lain untuk ditukar. Itu dah memang menjadi tabiat pelajar sekolah di Malaysia.

Sampai di Syria, dia jadi pelajar yang terbaik. Padahal dalam kelas ada pelajar-pelajar luar negara yang lain seperti dari England, Afrika Selatan, Kazakhstan , China dan lain-lain. Dia yang muncul pelajar terbaik

Bagaimana saudara menyara kehidupan di Syria?

Tidak ada pendapatan tetap tapi saya sangat bernasib baik kerana mendapat bantuan. Saya diberi tempat tinggal percuma oleh seorang  Syeikh di sebuah apartmen di pinggir Damsyik. Saya akui duit pun tak banyak tapi diam tak diam sudah sampai setahun saya di sana dan tidak timbul sebarang masalah besar.

Kita kena yakin rezeki itu datang daripada Allah. Ada saja duit yang masuk. Sentiasa ada bantuan diterima kerana saya dan anak-anak dikira orang yang sedang menuntut ilmu.

Malah ia sampai ke tahap saya kadang kala terpaksa buang makanan yang diberi oleh jiran kerana terlampau banyak.

Dan di sana kita yang pergi belajar dengan Syeikh ini bukan kita yang membayar Syeikh tapi mereka pula yang memberi duit pada kita. Perkara ini sudah jadi kebiasaan orang Syria . Jika tidak pun, dia akan beri kita roti setiap kali pergi belajar. Pergi solat Jumaat pun dapat duit. Budaya memberi amat dititikberatkan. Paling kurang, yang dewasa akan menyediakan gula-gula dalam poket untuk diberi kepada kanak-kanak.

Saya juga terkejut kerana kadang-kadang menerima sumbangan yang nilainya mencecah RM1000. Kalau yang kaya lebih lagilah mereka sumbangkan. Anak kepada Syeikh yang menyediakan rumah percuma untuk saya pernah menyumbang jutaan ringgit kepada fakir miskin dalam bulan Ramadhan.

 
 

Kenapa saudara fikir perubahan-perubahan positif sama ada kepada anak atau saudara sendiri boleh berlaku? Adakah perbezaan antara Syria dan Malaysia ini begitu ketara sekali sedangkan kedua-duanya adalah bumi orang Islam?

Bumi Syria ini ada kelebihan. Saya daripada kecil sampai besar memang belajar di sekolah yang tidak berasaskan kepada Islam. Saya menuntut di dua buah sekolah mubaligh Kristian iaitu La Salle Institution dan St John Institution. Dari situ saya menyambung pula pelajaran ke Indiana University di Amerika. Daripada kecil sehingga dewasa, saya tidak pernah  belajar dan khatam al-Quran.

(Di Amerika , Azmil belajar dengan pengkhususan dalam penerbitan televisyen, radio dan filem. Beliau hanya tinggal tiga lagi jam kredit untuk dihabiskan sebelum dihantar pulang ke Malaysia oleh Jabatan Imigresen Amerika. Tindakan itu diambil ketika Amerika membuat penapisan orang-orang Islam dari negara luar berikutan kemenangan kumpulan Islam (Syiah) menjatuhkan kerajaan beraja Shah Mohammad Reza Pahlavi. Azmil dikesan bekerja sambilan walaupun syarat hanya membenarkan pelajar luar yang mempunyai 12 kredit atau lebih sahaja untuk berbuat demikian. Ayahnya Dato’ Mustapha Kamil Yassin, bekas pensyarah di Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia tidak mahu Azmil mengambil biasiswa kerana kedudukannya sebagai kakitangan kerajaan gred A

Mula-mula saya berubah dulu nak baca surah al- Fatihah pun tak boleh. Kena baca mengikut tulisan rumi. Nak sembahyang semua ayat kena ditulis ke huruf rumi. Tak pernah dapat hafal. Sehinggalah apabila saya ke Syria.

Di sana, anak-anak saya belajar Al-Quran dengan seorang syeikhah (ustazah) di rumahnya. Selepas sebulan syeikhah tersebut datang melawat ke rumah. Dia mahu melihat keadaan keluarga macam mana.  Bila datang dia meminta saya mengajar anak-anak. Dia suruh saya baca satu surah. Bila “check” ayah baca pun tak betul, dia pun minta anak muridnya yang lain tolong ajarkan anak-anak saya.

Tapi alhamdulillah berkat mengaji tiap-tiap pagi, kini saya sudah boleh menghafal satu, dua muka surat dengan senang. Ini memang saya pelik. Saya rasa ini memang kesan tinggal di bumi Syam (Syria), bumi para anbiya’.

Dahulu negara ini tertutup. Sebab ia mengikut pengaruh Rusia. Jadi negara lain menyisihkannya. Apabila Syria disisihkan, ia sebenarnya terselamat.

Macam di Malaysia, apabila dibuat dasar terbuka, semua pengaruh dapat masuk, ia merosakkan kita.

Budak-budak sekarang budaya sendiri pun tak kenal . Dan dia tak mahu ikut. Dia lebih seronok ikut budaya asing, budaya Barat. Budaya ini di Melayukan dengan bahasa. Tapi isinya tetap dari pengaruh yang menyimpang dari ajaran Islam.

 
 

Adakah kerana saudara bimbangkan keadaan  begini sehingga sanggup membawa anak-anak jauh dari Malaysia ?
 

Sebab benda inilah saya bawa anak-anak keluar. Bila saya bawa anak-anak keluar, ada kawan-kawan yang tegur saya ” Jadi anak kamu ini tidak ada SPM. Macam man nak cari kerja?” Saya jawab balik, “Rezeki itu kerana Allah bukan kerana SPM”. Orang ada SPM pun berlambak tak ada kerja. Ada ijazah UM pun tak ada kerja. Ada Master USM pun tak kerja. Kita kena ingat rezeki itu dari Allah.

Sekarang anak-anak saya sudah hafal Juzuk Amma. Saya percaya dalam tiga empat tahun lagi, Insya Allah satu Quran tu dpat habis dihafal. Itu lebih berharga. Kalau dia jadi arkitek atau jurutera tapi Quran pun tak tahu buat apa. Macam saya dulu jadi pengarah filem tapi Quran pun tak tahu, buat apa?

 
 

Memberi pendidikan Islam pada anak-anak sehingga sampai berhijrah ke Syria. Orang lain mungkin tak berpeluang berbuat demikian macam saudara.?

Saya rasa kalau kita ajar anak kita cara Islam tak ada kekurangannya bagi saya. Malahan Allah mungkin akan mecurahkan kemudahan kepadanya.

Sekarang kita kongsi raya, kia kongsi hukum, kongsi taraf atau standard Islam dengan yang lain. Kita membandingkan ajaran Islam dengan yang Barat. Kalau tak seperti Barat, kita anggap standard kurang. Kita campur aduk hukum Allah dengan hukum kafir. Inilah yang saya nampak masalah kita pada hari ini.

Ini pun nak berlaku di Syria pada hari ini. Kalau di negara kita lama dah dijajah 500 tahun dahulu dan kita masih ‘terjajah’. Syria ini dia baru terbuka tak sampai 10 tahun. Jadi generasi dia sekarang dia baru rosak. Kalau kita di Malaysia, kerosakan bermula sejak dari generasi bapa kita dahulu. Mareka agungkan England dan Amerika.

Tetapi bagi saya , kalau orang Syria nak ikut barat pun, agaknya kena juga dengan fizikal mereka itu. Tapi kita Melayu pun nak mata warna biru, rambut warna perang. Tak kenalah. Nampak janggal sangat kalau yang Melayu nak tiru.

 
 

Bagaimana kita hendak menghadapi perubahan budaya sebegitu ?
Di Syria, guru-guru yang pegangannya kuat masih bertahan. Kita di Malaysia, lebih banyak yang kebaratan daripada Islam. Kita di sini mereka yang nak kepada Islam sedikit, yang nak kepada barat banyak.

Dari sekolah itu yang diajar. Supaya kita bersedia dengan pengaruh dan sistem barat. Sekolah-sekolah kita, tamat persekolahan kita berpeluang belajar sampai ke universiti di Amerika, di England. Tetapi kalau kita keluar dari pondok atau sekolah agama, peluang sambung belajar itu tidak seberapa.

Apa yang kita lakukan adalah untuk menyesuaikan diri kepada budaya barat. Dan ini kita tak sedar. Kita seolah-olah nak menyediakan diri masuk ke institusi dan sistem yang kerap kalinya meruntuhkan jati diri Islam..

Dan yang peliknya, orang tidak bimbang kalau yang keluar tingkatan enam sekolah biasa tak boleh baca Alif Ba Ta. Nak masuk sekolah tahfiz pun payah sebab tak kenal huruf walaupun tamat tingkatan enam. Benda ni dah berlaku sejak zaman dulu lagi dan  kita tidak sedar.

Saya cakap kepada seorang sahabat di Syria kenapa kamu ghairah nak buka peluang kepada barat. Saya dah tengok keadaan di negara saya apa yang berlaku. Dia kata mereka pun nak moden. Moden apa? Moden nak tengok anak-anak terbuang di tong sampah. Moden nak tengok anak-anak mati sia-sia kerana terlibat denbgan lumba haram. Itu moden buat apa. Pembangunan sedemikian yang membangun hanya bangunan dan jalan raya. Akhlak runtuh. Akhlak diruntuhkan kerana nak mencantikkan bangunan dan jalan. Sebab itu fikirlah, kerana tak ke mana kita dengan pembangunan sebegitu.

 
 

Kenapa remaja dan kita sendiri sebenarnya cenderung untuk meminati budaya hiburan?

Sebab memang sudah disediakan sejak daripada dulu. Pendidikan dan cara hidup disediakan untuk membolehkan anak-anak bersedia menerima sistem yang menyimpang dari bukan untuk menjadi hafiz atau ulama’. Penyediaan dilakukan untuk membawa masyarakat ke arah keseronokan.

Kalau kita tengok babak dalam filem Melayu, babak minum arak , berdansa, sejak dari zaman P Ramlee sudah ada.  

Sejak sekolah lagi , anak-anak dibiasakan dengan budaya Barat. Ada sukan gimnastik sampai terkangkang anak-anak diajar guru; sukan renang, jadi separuh bogel. Kita disediakan untuk menerima budaya barat. Mana kita amalkan hukum syariah ? Itu masalah kita.

 
 

Pada pandangan saudara, masalah keruntuhan akhlak ini bagaimana nak diselesaikan?

Sekarang kita taat pada hukum yang tidak berpaksikan Islam. Undang-undang yang dimulakan oleh British dahulu. Cuba kita gunakan hukum syariah, saya percaya gejala sosial yang teruk dalam negara dapat dikurangkan sebab kita menyediakan masyarakat untuk ke akhirat. Sekarang kalau membabitkan hukum Allah, ia dikira hak persendirian. Anda hendak buat atau tidak, itu pilihan anda sendiri.Tapi mereka (kerajaan) tak galakkan pun. Itulah masalah sekarang.

 
 

Bagaimana kita nak menyedarkan masyarakat?

Islam ini mesti dijalankan bermasyarakat.  Tapi tanggungjawab itu tetap pada diri sendiri. Kita sendiri mesti mulakan dahulu . Contohnya kita dilatih berpuasa sama ada di dalam atau dil luar rumah. Walau di mana pun kita tahu Allah melihat.

Sebab itu kita kena buat pilihan. Dua sahaja pilihan kita. Sama ada ikut jalan  Allah atau ikut syaitan.Tidak ada jalan tengah. Tidak ada kompromi. Setiap
benda yangt berlaku dalam masyarakat dunia hari ini kita kena buat pilihan antara yang benar dengan yang tidak. Gunakan akal.

Islam ini agama untuk yang tahu berfikir. Bukan taat buta tuli. Kalau kita gunakan akal fikiran  baru kita sedar. Kita kena fikir tentang keesaan Allah. Ini yang kita kena ajar anak-anak. Sekarang apa yang diajar kena cari duit banyak-banyak. Bila ikut cara Islam barulah ada keberkatan.

 
 

Berbalik kepada dunia hiburan, adakah tidak ada ruang sebenarnya untuk ia menjadi lebih baik?

Boleh kalau industri kita industri yang beriman. Tapi industri kita meniru Bollywood, Hollywood, Hong Kong dan lain-lain. Kita menuju ke arah keruntuhan. Ini yang bahayanya.

 
 

Nasihat kepada rakan artis

Pendek sahaja ; Allah melihat apa yang kamu buat. 





Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah

23 08 2008

Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah (Hati2 membaca Al-Fatihah)]

Assalamualaikum

Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat,

apabila
cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya

dengan
ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut

nama
syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat

yang
wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama syaitan

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS

6) IYA (disebut tanpa sabdu) sepatutnya IYYA. Iya bermaksud
‘matahari’

Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud “kepada

mataharilah
yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta  pertolongan”!!!!

7) SIROTHOLLAZI…………. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa
henti.

8) AMIN …………….hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan  betul

iaitu AA…dua harakat, MIN…. 3 harakat, semoga Amin kita  bersamaan

dengan Amin malaikat Insya-Allah. semoga kita menjadi  orang yang

sentiasa

membaiki bacaannya.

Perhatian ;

Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat

rahmatNya,





Misteri Terbelahnya Bulan

23 08 2008

Subject: MISTERI TERBELAHNYA BULAN.



Allah SWT berfirman: “Sungguh telah dekat hari qiamat, dan bulan pun

telah terbelah (Q.S. Al-Qamar: 1)”

Dalam temu wicara di televisi bersama pakar Geologi Muslim, Prof. Dr.

Zaghlul Al-Najar, salah seorang warga Inggris mengajukan pertanyaan

kepadanya, apakah ayat dari surat Al-Qamar di atas memiliki kandungan

mukjizat secara ilmiah ? Maka Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar menjawabnya

sebagai berikut :

Tentang ayat ini, saya akan menceritakan sebuah kisah. Sejak beberapa

waktu lalu, saya mempresentasikan di Univ. Cardif, Inggris bagian

barat, dan para peserta yang hadir bermacam-macam, ada yang muslim dan

ada juga yang bukan muslim. Salah satu tema diskusi waktu itu adalah

seputar mukjizat ilmiah dari Al-Qur’an.

Salah seorang pemuda yang beragama muslim pun berdiri dan bertanya,

“Wahai Tuan, apakah menurut anda ayat yang berbunyi “Telah dekat hari

qiamat dan bulan pun telah terbelah” mengandung mukjizat secara ilmiah

?

Maka saya menjawabnya: “Tidak, sebab kehebatan ilmiah dapat diterangkan

oleh ilmu pengetahuan, sedangkan mukjizat tidak bisa diterangkan oleh

ilmu pengetahuan, sebab ia tidak bisa menjangkaunya. Dan tentang

terbelahnya bulan, maka itu adalah mukjizat yang terjadi pada Rasul

terakhir Muhammad shallallahu ‘alaihi wassalam sebagai pembenaran atas

kenabian dan kerasulannya, sebagaimana nabi-nabi sebelumnya. Dan

mukjizat yang kelihatan, maka itu disaksikan dan dibenarkan oleh setiap

orang yang melihatnya. Andai hal itu tidak termaktub di dalam kitab

Allah dan hadits-hadits Rasulullah SAW, maka tentulah kami para

muslimin di zaman ini tidak akan mengimani hal itu. Akan tetapi hal itu

memang benar termaktub di dalam Al-Qur’an dan sunnah-sunnah Rasulullah

shallallahu alaihi wassalam. Dan memang Allah ta’alaa benar-benar Maha

berkuasa atas segala sesuatu”.

Maka Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar pun mengutip sebuah kisah Rasulullah

SAW membelah bulan. Kisah itu adalah di masa sebelum hijrah dari Mekah

Al-Mukarramah ke Madinah. Orang-orang musyrik berkata, “Wahai Muhammad,

kalau engkau benar Nabi dan Rasul, coba tunjukkan kepada kami satu

kehebatan yang bisa membuktikan kenabian dan kerasulanmu (mengejek dan

mengolok-olok)?” Rasulullah bertanya, “Apa yang kalian inginkan ?”

Mereka

menjawab: “Coba belahlah bulan …” Maka Rasulullah SAW pun berdiri dan

terdiam, lalu berdoa kepada Allah SWT agar menolongnya. Maka Allah SWT

memberitahu Muhammad SAW agar mengarahkan telunjuknya ke bulan.

Rasulullah pun mengarahkan telunjuknya ke bulan, dan terbelahlah bulan

itu dengan sebenar-benarnya. Maka serta-merta orang-orang musyrik pun

berujar, “Muhammad, engkau benar-benar telah menyihir kami!”.

Akan tetapi para ahli mengatakan bahwa sihir, memang benar bisa saja

“menyihir” orang yang ada disampingnya akan tetapi tidak bisa menyihir

orang yang tidak ada ditempat itu. Mereka lantas menunggu-nunggu

orang-orang yang akan pulang dari perjalanan. Orang-orang Quraisy pun

bergegas menuju keluar batas kota Mekkah menanti orang yang baru pulang

dari perjalanan. Dan ketika datang rombongan yang pertama kali dari

perjalanan menuju Mekkah, maka orang-orang musyrik pun bertanya,

“Apakah kalian melihat sesuatu yang aneh dengan bulan?”. Mereka

menjawab, “Ya, benar. Pada suatu malam yang lalu kami melihat bulan

terbelah menjadi dua dan saling menjauh masing-masingnya kemudian

bersatu kembali…!!!”.

Maka sebagian mereka pun beriman, dan sebagian lainnya lagi tetap kafir

(ingkar). Oleh karena itu, Allah menurunkan ayat-Nya: “Sungguh, telah

dekat hari qiamat, dan telah terbelah bulan, dan ketika melihat

tanda-tanda kebesaran Kami, merekapun ingkar lagi berpaling seraya

berkata, “Ini adalah sihir yang terus-menerus”, dan mereka

mendustakannya, bahkan mengikuti hawa nafsu mereka. Dan setiap urusan

benar-benar telah tetap …..” sampai akhir surat Al-Qamar.

“Ini adalah kisah nyata”, demikian kata Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar. Dan

setelah selesainya Prof. Dr. Zaghlul menyampaikan hadits nabi tersebut,

berdirilah seorang muslim warga Inggris dan memperkenalkan diri seraya

berkata, “Aku Daud Musa Pitkhok, ketua Al-Hizb Al-Islamy Inggris. Wahai

tuan, bolehkah aku menambahkan?” Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar menjawab:

“Dipersilahkan dengan senang hati.”

Daud Musa Pitkhok berkata, “Aku pernah meneliti agama-agama (sebelum

menjadi muslim), maka salah seorang mahasiswa muslim menunjukiku sebuah

terjemah makna-makna Al-Qur’an yang mulia. Maka, aku pun berterima

kasih kepadanya dan aku membawa terjemah itu pulang ke rumah. Dan

ketika aku membuka-buka terjemahan Al-Qur’an itu di rumah, maka surat

yang pertama aku buka ternyata Al-Qamar. Dan aku pun membacanya: “Telah

dekat hari qiamat dan bulan pun telah terbelah…….” Maka aku pun

bergumam: Apakah kalimat ini masuk akal?? Apakah mungkin bulan bisa

terbelah kemudian bersatu kembali?? Andai benar, kekuatan macam apa

yang bisa melakukan hal itu??? Maka, aku pun menghentikan dari membaca

ayat-ayat selanjutnya dan aku menyibukkan diri dengan urusan kehidupan

sehari-hari. Akan tetapi Allah-lah Yang Maha Tahu tentang tingkat

keikhlasan hamba-Nya dalam pencarian kebenaran.

Maka aku pun suatu hari duduk di depan televisi Inggris. Saat itu ada

sebuah diskusi hangat antara presenter seorang Inggris dan 3 orang

pakar ruang angkasa AS. Ketiga pakar antariksa tersebut pun

menceritakan tentang dana yang begitu besar dalam rangka melakukan

perjalanan ke antariksa. Dan diantara diskusi tersebut adalah tentang

turunnya astronot menjejakkan kakiknya di bulan, dimana perjalanan

antariksa ke bulan tersebut telah menghabiskan dana tidak kurang dari

100 juta dollar. Mendengar hal itu, presenter terperangah kaget dan

berkata, “Kebodohan macam apalagi ini, dana begitu besar dibuang oleh

AS hanya untuk bisa mendarat di bulan?” Mereka pun menjawab, “Tidak,

..!!!

Tujuannya tidak semata menancapkan ilmu pengetahuan AS di bulan, akan

tetapi kami mempelajari kandungan yang ada di dalam bulan itu sendiri,

maka kami pun telah mendapat hakikat tentang bulan itu, yang jika kita

berikan dana lebih dari 100 juta dollar untuk kesenangan manusia, maka

kami tidak akan memberikan dana itu kepada siapapun. Maka presenter itu

pun bertanya, “Hakikat apa yang kalian telah capai sehingga demikian

mahal taruhannya?” Mereka menjawab, “Ternyata bulan pernah mengalami

pembelahan di suatu hari dahulu kala, kemudian menyatu kembali.!!!”

Presenter pun bertanya, “Bagaimana kalian bisa yakin akan hal itu?”

Mereka menjawab, “Kami mendapati secara pasti dari batuan-batuan yang

terpisah terpotong di permukaan bulan sampai di dalam (perut) bulan.

Maka kami pun meminta para pakar geologi untuk menelitinya, dan mereka

mengatakan, “Hal ini tidak mungkin telah terjadi kecuali jika memang

bulan pernah terbelah lalu bersatu kembali”.

Mendengar paparan itu, ketua Al-Hizb Al-Islamy Inggris mengatakan,

“Maka aku pun turun dari kursi dan berkata, “Mukjizat (kehebatan)

benar-benar telah terjadi pada diri Muhammad sallallahu alaihi

wassallam 1400-an tahun yang lalu. Allah benar-benar telah

mengolok-olok AS untuk mengeluarkan dana yang begitu besar, 100 juta

dollar lebih, hanya untuk menetapkan akan kebenaran muslimin !!!!”".

Maka, agama Islam ini tidak mungkin salah … (aku pun bergumam),

“Maka, aku pun membuka kembali Mushhaf Al-Qur’an dan aku baca surat

Al-Qamar, dan .. saat itu adalah awal aku menerima dan masuk Islam.

Diterjemahkan oleh: Abu Muhammad ibn Shadiq ISLAM ADALAH RAHMATAN

LIL’AALAMIIN Sebarkan kepada kaum muslimin dan muslimat yg anda

kenal… Sungguh suatu pencarahan yg bermanfaat bagi kita

semua…alhamdulillah.





Lawak Mee Bandung

23 08 2008

Untuk beberapa tahun, Ahmad Suffian telah mengadakan hubungan sulit
dengan orang gajinya,Sutina …Suatu hari, Sutina memberitahu Ahmad
Suffian yang dirinya mengandung …

Ahmad Suffian yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telah
mengambil keputusan untuk menghantar Sutina balik ke Bandung untuk
melahirkan anak mereka di sana …

Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut
sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun …

Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Ahmad Suffian menyuruh
Sutina supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis
perkataan “Mee Bandung” dibelakangnya setelah anak mereka lahir
nanti .. Ahmad Suffian akan menguruskan segala perbelanjaan untuk
anaknya setelah mendapat poskad itu nanti …

Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Ahmad Suffian pulang dari
kerja, isterinya Norzalina menegur Ahmad Suffian dengan muka yang
keliru …

“Bang … abang dapat poskad yang peliklah hari ni,” kata Norzalina.

“Oh, tak pe … bagi poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan,”
kata Ahmad Suffian.

Norzalina pun memberi poskad itu kepada Ahmad Suffian dan melihat
Ahmad Suffian membaca poskad tersebut, sebelum muka Ahmad Suffian
bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!!

Poskad itu berbunyi …

“Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung – 2 ada telur, 2
tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!”





Jangan Dalam Islam Utk Kebaikan Kita

23 08 2008

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

 
 


Jangan
masuk ke bilik air tanpa memakai alas
kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.

 
 


Jangan
makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

 
 


Jangan
biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

 
 


Jangan
tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat).

 
 


Jangan
makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

 
 


Jangan
keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.

 
 


Jangan
pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

 
 


Jangan
biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.

 
 


Jangan
menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

 
 


Jangan
ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

 
 


Jangan
mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

 
 


Jangan
lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti
kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

 
 


Jangan
bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

 
 


Jangan
banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

 
 


Jangan
biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

 
 


Jangan
suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.

 
 


Jangan
terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

 
 


Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.

Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

 
 


ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.

 
 


Jangan biarkan SAJE email ni. Hantarkan kepada semua saudara islam yang anda kenal !!

Wassalam

 
 


“Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun”
(Sabda Rasulullah SAW)

 
 


“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

 
 


(Surah Al-Ahzab:71)





Perangkap Tikus

23 08 2008

PERANGKAP  TIKUS…..

Sepasang  suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja.

Ketika  mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan
gelagat
sambil  menggumam

”  hmmm…makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??  ”

Ternyata yang  dibeli oleh petani hari adalah perangkap tikus.

Sang  tikus naik panic bukan kepalang.

Ia bergegas  lari ke sarang dan bertempik,

”  Adaperangkap tikus  di rumah….di rumah sekarang ada perangkap
tikus….”

Ia pun  mengadu kepada ayam dan berteriak, ” Ada perangkap tikus  !”

Sang  Ayamberkata, ” Tuan Tikus ! Aku turut bersedih tapi ia tak ada
kena-mengena dengan aku.â⒬

Sang Tikus  lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti
tadi.

Sang  Kambingpun  jawab selamba, â⒬ŔAku pun turut bersimpati.. .tapi
tidak ada yang boleh aku  buat.

Lagi pun tak tak ada kena-mengena  dengan aku. “

Tikus lalu  menemui lembu lalu mendapat  jawaban sama.

”  Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama
sekali.

Tak  kanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus.  ”

Dengan  rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemuiUlar.

Sang  ular  berkata

”  Eleh engkau ni…… Perangkap Tikus yang sekecil tak kanla nak
membahayakan  aku.â⒬

Akhirnya Sang  Tikus kembali kerumah dengan pasrah kerana mengetahui ia
akan

menghadapi  bahaya seorang diri.

Suatu  malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap

tikusnya  berbunyi menandakan umpan dah mengena.

Ketika  melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang
jadi
mangsa.

Buntut  ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang
isteri pemilik  rumah.

Walaupun si  Suami sempat membunuh  ularberbisa  tersebut, isterinya
tidak
sempat dielakkan

dari  gigitan ular itu.

isterinya  kerumah sakit.

Beberapa  hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja
demam.

Isterinya  lalu minta dibuatkan sup kaki  ayamoleh suaminya  kerana
percaya
sup kaki ayam boleh mengurangkan demam.  Tanpa berfikir  panjang si
Suami
pun dengan segera menyembelih ayamnya  untuk buat  sup.

Beberapa hari  kemudian sakitnya tidak kunjung reda.

Seorang  teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih
Kambingnya untuk mengambil  hatinya.Masih juga isterinya tidak
sembuh-sembuh
dan akhirnya meninggal dunia.

Inna  lillahi wa inna ilaihi rajiâ⒬┢un.

Banyak  sungguh orang datang melawat jenazahnya.

Kerana  rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia
melihat
orang ramai tak  dijamu apa-apa.

Tanpa  berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya untuk memberi
makan
orang-orang  yang berziarah.

Dari  kejauhan…Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan.

Beberapa  hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak
digunakan lagi.

Pengajaran  daripada cerita ini ialah :

SUATU  HARI KETIKA  ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN MENGIRA
ITU
BUKAN URUSAN ANDA…  FIKIRKANLAH  SEKALI LAGI.





Karangan Budak Darjah 4

23 08 2008


Karangan budak darjah 4 b Kemalangan Paling Ngeri Yg Pernah Saya Lihat

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.
Sbb itu saya tidak mandi pagi sbb air kolah jadi air batu. Dan air paip
tidak mahu keluar sbb beku di dlm batang paip. Pagi itu saya bersarapan dgn
keluarga di dlm unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya
mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak
menikam perut saya berkali2 dgn garfu barula h saya bersetuju utk
mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120km kerana pasar itu letaknya 128km dari
rumah. Lagi 8km nak sampai pasar saya ternampak sebuah Lori kontena meluru
dgn laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dlm gaung. Dia
menjerit, *”Adoi!”.
*Lepas itu emak saya naik semula Dan mengejar Lori tersebut. Saya pun turut
berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu
pula. Pemandu Lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju
iaitu sama dgn kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dgn lebih laju
iaitu sama dgn dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dpt menerajang
tayar depan Lori itu. Lori itu terbabas Dan melanggar pembahagi jalan lalu
bertembung dgn sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yg
seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun
bertukar menjadi Ultraman Dan memfire pemandu Lori. Pemandu Lori menekan
butang khas di dlm Lori dia..Lori itu bertukar menjadi robot Transformer.

Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puashati. Dia pun terus menyewa
sebuah helikopter di Genting Highlands Dan terus ke tempat kemalangan. Dia
melanggar pemandu feri yg telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri
itu terkejut Dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas
ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu Lori sangat takut melihat
kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin
bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya Dan
mengerat tangan pemandu Lori itu dgn kipas helikopter. Pemandu Lori itu
menjerit *”Adoi..!”* Dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu
ke Genting Highlands.

Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu Lori itu dgn
beg tangannya sambil memarahi pemandu Lori itu di dlm bahasa Inggeris.
Pemandu Lori itu tidak dpt menjawab sbb emak saya cakap orang putih. Lalu
pemandu Lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia
membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua
anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai
mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yg telah terjadi.
Polis yg bertugas Cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan
pembesar suara. Orang ramai terperanjat Dan semuanya mati. Selepas itu emak
saya mengajak saya ke pasar utk mengelak lebih ramai lagi yg akan mati. Di
pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kpd penjual daging. Penjual
daging Dan peniaga2 berhampiran yg mendengar cerita itu semuanya terkejut
Dan mati. Saya Dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu
penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yg paling
ngeri yg pernah saya lihat sebelum saya mati.





Kawan

23 08 2008

MALAM TADI KAMU DAN KAWAN BAIKMU BERTENGKAR.

KAMU MEMBUAT KEPUTUSAN TAK MAHU BERCAKAP DGNNYA
KEESOKAN HARINYA.

DIA SENYUM KEPADAMU.SEBALIKNYA KAMU MENGETAP GIGIMU
KPDNYA.

DIA MENCERITAKAN PERKARA YG BAIK TENTANG KAMU KPD
KWAN2NYA YG LAIN.

KAMU PULA MENYEBARKAN KHABAR ANGIN MENGENAINYA.

DIA CUBA MENDEKATIMU DAN MENEGURMU.

TAPI KAMU TOLAKNYA KE TEPI.

BAGINYA KAMU SEORG KAWAN YG TERBAIK.

KAMU PULA RASA DIA SEORG KAWAN YG PALING TERUK
PERNAH KAMU JUMPA.

DIA PUN MENULIS NOTA KPDMU DAN MENCERITAKAN SEMULA
KENANGAN MANIS YG PERNAH KAMU DAN DIA KONGSI
BERSAMA.

KAMU PULA MENULIS SEMUA SAAT BURUK YG KAMU INGAT
SEPANJANG BERSAMANYA.

JAUH DI SUDUT HATIMU KAMU MENGASIHANINYA. TAPI DI
HATIMU SUDAH PENUH DGN KEBENCIAN.

KEESOKAN HARINYA KAMU JUMPA SATU NOTA DRPDNYA:

DEAR_________,
SAYA CUBA MEMBERITAHU KAMU SEMLM TAPI KAMU TAK BERI
PELUANG UTK SAYA BERCAKAP. SAYA CUBA BERITAHU KAMU
BERITA GEMBIRA TAPI KAMU TAKUT UTK MENDENGARNYA.SAYA
CUBA UTK SENYUM KPDMU TAPI KAMU SAMBUT SENYUMAN SAYA
DGN KEBENCIAN. SKRG NI KEADAAN SAYA SGT TERUK DAN
MAKIN TERUK.

SAYA MINTA MAAF SBB HARI NI SAYA TAK DPT BERJUMPA
DGN KAMU. SAYA TULIS SURAT SEMASA SAYA DI
HOSPITAL.SAYA SUDAH KESUNTUKAN MASA. SAYA MINTA MAAF
SBB TERPAKSA BERITAHU KAMU SKRG. SAYA MINTA MAAF
ATAS PERGADUHAN KITA,KAMU MMG SEORG KAWAN YG HEBAT.
SAYA JANJI SAYA AKAN SENTIASA MEMERHATIKAN KAMU.

SALAM KASIH SAYANG,

________________

KAMU PUN BERLARI KE HOSPITAL UTK MEMINTA MAAF PDNYA.
TAPI HANYA IBUNYA SAJE YG ADA DI SITU.
IBUNYA MENEKAP MUKANYA DGN KEDUA BELAH TGNNYA.
DAN DIA PUN MENANGIS.DIA MELUTUT DAN BERDOA SUPAYA
TUHAN KEMBALIKAN ANAKNYA.

KAMU SUDAH TERLAMBAT.
KAMU BERHARAP DPT BERITAHU KAWANMU YG KAMU MINTA
MAAF DAN UCAPKAN SELAMAT TINGGAL.

PENGAJARANNYA:

SEMUA KAWAN ADA MASA NAIK DAN TURUN.DAN KADANGKALA
KAMU PERLU MEMINTA MAAF.JGN TUNGGU ORG LAIN
MELAKUKANNYA DULU.SBB KAMU TAKKAN TAHU APE
AKAN TERJADI ESOK HARI.








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.